Wednesday, November 4, 2015

KESALAHAN KECIL, DOSANYA BESAR

AIR KENCING PENYEBAB AZAB KUBUR DAN PEROSAK IBADAH

[PENTING! WAJIB Difahami Sebenar-benarnya Untuk Elak Seksa Kubur dan Elak Amalan Jadi Sia-sia] – Isu ini bukan untuk lelaki sahaja, wanita juga perlu ambil perhatian! Tolonglah hadam betul-betul status saya kali ini.
Zaman serba maju ini, dengan kewujudan tandas berdiri bagi lelaki, timbul satu isu dimana, adakah anda menyucikan kemaluan anda selepas kencing? Bukankah ada kemungkinan sisa saki baki kencing yang keluar kemudian, akan terkena pada seluar atau pakaian dalam atau boxer? Adakah anda sudah beristinjak selepas kencing (samada dengan air atau tisu)? Adakah anda menjaga diri anda dari percikan kencing? Adakah anda telah melaksanakan perbuatan melawaskan kencing agar saki bakinya keluar habis?
Ada juga wanita yang tidak membuka bukaan kakinya dengan besar, boleh pulak mengepit kaki semasa kencing. Kemungkinan untuk air kencing tersebar atau terkena atau terpercik pada bahagian punggung atau paha adalah lebih tinggi, berbanding kencing dalam keadaan tidak mengepit, khususnya mereka yang berbadan besar. Lepas selesai, hanya basuh pada kemaluan, mengabaikan punggung dan paha yang mungkin terkena najis. Ini adalah satu kesalahan yang ramai abaikan kerana kelihatan remeh.
Kita akan menyelusuri perkara ini dengan huraian yang mendalam, kerana perkara ini wajar ditekankan kepada setiap mukallaf, khususnya LELAKI. Huraian yang akan saya bawakan adalah dengan hadis yang sebahagiannya hadir bersama senarai sanad penuh, agar anda boleh merasa/melihat situasi bagaimana keadaannya mempelajari tentang hadis dan usul hukum. Turut saya selitkan bersama ialah hujjah dan qalam ulama’ berkaitan soal toharah ini. Semoga mendatangkan manfaat.
KEBANYAKAN SEKSA KUBUR ADALAH DISEBABKAN KENCING
Hadis: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Hammad, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Al A’masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw, baginda bersabda:
“Kebanyakan siksa kubur adalah kerana kencing.”
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, kitab 6 (Sisa Musnad Sahabat yang Banyak Meriwayatkan Hadis), Musnad Abu Hurairah ra. Hadis ini sahih]
Dalam hadis lain:
Rasulullah saw bersabda: “Berlindunglah kalian dari air kencing kerana kebanyakan azab kubur adalah daripadanya.”
[Riwayat Daraquthni di dalam Sunannya, hadis ini sahih]
Dua hadis ini menjadi bukti bahawa air kencing sebenarnya memberi impak yang besar kepada diri seseorang di alam barzakh. Dalil ini juga membuktikan bahawa ramai orang diseksa di dalam kubur adalah kebanyakannya disebabkan air kencing. Ini diperkuatkan dengan hadis:
Telah mengabarkan kepada kami Ahmad bin Sulaiman dia berkata; telah menceritakan kepada kami Ya’la dia berkata; telah menceritakan kepada kami Qudamah dari Jasrah dia berkata; telah menceritakan kepadaku ‘Aisyah, dia berkata;
“Seorang wanita Yahudi menemuiku dan berkata “Azab kubur itu boleh terjadi kerana air kencing (yang tidak sempurna disucikan)”. Aku (Aisyah) pun berkata “Kamu berdusta”. Dia berkata “Benar, bahkan jika salah seorang kami siap untuk memotong kulit dan pakaian kami (jika terkena air kencing)”. Kemudian Rasulullah saw keluar hendak solat, baginda mendengar suara kami yang keras, maka baginda bertanya “Ada apakah ini?”. Lalu aku memberitahu apa yang dia katakan. Nabi saw bersabda “Dia (orang Yahudi itu) berkata benar”. Maka setelah itu, baginda tidaklah melaksanakan solat kecuali beliau mengucapkan di akhir solatnya “Ya Allah, pemelihara Jibril dan Mikail dan Israfil, lindungilah aku dari panasnya api neraka dan azab kubur”
[Riwayat an-Nasa’i di dalam kitab Sunannya, 13/794; juga diriwayatkan dalam Musnad Ahmad 13/1113, no. 23188]
Hadis ini membuktikan lagi bahawa antara azab kubur di alam barzakh nanti adalah disebabkan air kencing. Maka telah terang, jelas, lagi bersuluh, bahawa air kencing merupakan salah satu penyebab kita diazab di dalam kubur. Wajiblah anda mengetahui sebab-sebab dan cara menjaga diri dari najis air kencing.
MENGAPA AIR KENCING MENJADI PENYEBAB KITA DIAZAB?
Kerana ia najis. Dan najis adalah penyebab solat tidak sah, penyebab diri kita tidak suci untuk beribadah. Tidak melindungi diri dari terkena percikan atau saki baki air kencing itu sendiri adalah di antara sebab yang akan mengakibatkan seseorang itu terkena azab kubur. Kerana melalaikan diri kita, sengaja mengabaikan najis yang terkena pada pakaian atau tubuh. Sebagaimana hadis sahih yang diriwayatkan ramai ahli hadis di bawah:
HADIS DI BAWAH SANGAT PENTING..!! Sila baca dengan penuh kefahaman dan penghayatan.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, Muhammad bin Hazm berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Mujahid dan Thawus dari Ibnu Abbas ra berkata:
“Rasulullah saw melalui dekat dua kuburan, lalu baginda bersabda “Sesungguhnya keduanya sedang diseksa, dan keduanya diseksa bukan kerana perkara besar. Yang satu diseksa kerana tidak bersuci setelah kencing, sementara yang satunya suka mengadu domba (menyebar fitnah)”. Kemudian baginda mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah, baginda lalu membelahnya menjadi dua bahagian kemudian diletakkan pada kedua-dua kuburan tersebut. Para sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, kenapa engkau melakukan ini?” baginda menjawab “Semoga seksa keduanya diringankan selama batang pohon ini basah”.
[Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Wudhu’, Bab membersihkan kencing, no 216; juga diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Majah, dan Ahmad]
Perbuatan mengelakkan diri dari terkena percikan atau saki baki kencing mungkin dianggap remeh, seperti mana sabda baginda dalam hadis di atas, bukan suatu perkara yang besar dan bukan suatu yang rumit. Perbuatan itu suatu yang mudah, tetapi kerana orang melihatnya mudah, orang mengambil sikap sambil lewa, meremehkan perbuatan mudah ini, lalu mengakibatkan mereka ditimpa azab di dalam kubur tanpa mereka sangka.
AKIBAT DI DUNIA, ATAS KELALAIAN DALAM MENJAGA NAJIS KENCING
Salah satu akibat utamanya ialah solat tidak sah. Sebagaimana yang kita tahu, salah satu syarat sah solat ialah suci dari najis. Air kencing merupakan salah satu najis yang menyebabkan syarat sah solat tidak dipenuhi, lantas solat kita tidak dikira sah. Ini berdasarkan dalil:
Telah menceritakan kepada kami Waki’ berkata; telah menceritakan kepada kami Dawud Al Adawi dari ayahnya dari Abu Hurairah ra dia berkata; Rasulullah saw bersabda; “Jangan sampai salah seorang dari kalian solat sedang pada dirinya terdapat kotoran tahi dan air kencing”
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, kitab 6 (Sisa Musnad Sahabat yang Banyak Meriwayatkan Hadis), Musnad Abu Hurairah ra]
Akibat-akibat lain ialah, kemungkinan akan terkena penyakit, penyebab pakaian/tubuh berbau busuk, najis akan berpindah kepada benda lain yang dikhuatiri penyebab ibadah kita di masa akan datang tidak sah, najis akan berpindah apabila dimasukkan ke dalam mesin basuh yang tidak melalukan air dengan sekali lalu dalam memindahkan najis (rendaman mesin basuh tidak dikira air mengalir), dan banyak lagi.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAK SEKSA KUBUR DISEBABKAN AIR KENCING?
Ulama menggariskan panduan untuk kita, khususnya bagi lelaki untuk membersihkan saki baki kencing dan panduan mengelak dari terkena percikan kencing. Lelaki lebih frequent mengidap penyakit kencing tidak lawas berbanding wanita. Jadi lelaki kena beri lebih perhatian terhadap perkara ini.
1) Mengurut kemaluan selepas kencing
Dari Isa bin Yazdad Al Yamani dari ayahnya ia berkata; Rasulullah saw bersabda: “Jika salah seorang dari kalian kencing, hendaklah mengurut kemaluannya tiga kali”
[Riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/65; hadis ini lemah menurut jumhur ulama, namun jika perbuatan ini berkesan, ulama membenarkan ia diamalkan tanpa mensandarkan sunnah pada baginda Nabi]
2) Berdehem selepas kencing
Menurut Imam Nawawi di dalam kitab Majmu’ Sharh Muhazzab:
“Beberapa ulama di kalangan mazhab Syafie (mengatakan bahawa): Sesungguhnya adalah mustahab (digalakkan) bersabar selepas beristinja’, mengurut Zakar sambil berdehem”
3) Kencing duduk
Ulama menghukumkan kencing berdiri sebagai makruh. Namun tidaklah berdosa jika kencing berdiri, asalkan dijaga diri dari terkena najis air kencing. Cuma perbuatan kencing berdiri adalah ditegah kerana baginda pernah melarangnya khuatir terkena air percikan kencing. Salah satu dalil:
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Juraij dari Abdul Karim bin Abu Umayyah dari Nafi’ dari Ibnu Umar dari Umar ra ia berkata; “Ketika aku kencing dengan berdiri, Rasulullah saw melihatku, maka beliau pun menegurku “Wahai Umar, janganlah engkau kencing dengan berdiri”.
[Riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/60]
Dalil lain:
Telah mengabarkan kepada kami Hannad bin As Sariy dari Abu Mu’awiyah dari Al ‘Amasy dari Zaid bin Wahab dari Abdurrahman bin Hasanah dia berkata;
“Rasulullah saw pernah menemui kami, dan di tangan beliau ada sesuatu yang mirip perisai dari kulit. Beliau lalu meletakkannya dan duduk di belakangnya, kemudian buang air kecil ke arah perisai tersebut. Sebahagian orang berkata “Lihatlah, beliau buang air kecil seperti perempuan! (cara duduk, orang Arab lelaki dahulu suka kencing berdiri)”. Ketika Rasulullah saw mendengar ucapan tersebut, baginda berkata “Apakah kalian tidak tahu apa yang menimpa Bani Israil? Apabila seorang dari mereka terkena air kencing, mereka menggunting kain yang terkena kencing tadi, lalu temannya melarang mereka melakukan demikian, sehingga temannya itu disiksa di kuburnya”
[Riwayat an-Nasa’i di dalam Sunannya, 1/26; juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Ibnu Majah di dalam Sahih dan Sunan mereka dengan sanad berbeza]
Dalil ini menunjukkan baginda mementingkan kencing secara duduk, dan amat mementingkan penjagaan pakaian daripada terkena air kencing, sehingga teman Bani Israil itu diseksa di dalam kubur kerana melarang mereka yang menjaga pakaian mereka.
Meskipun ada dalil yang menunjukkan baginda pernah kencing berdiri, namun ia hanya dalam situasi-situasi tertentu dan baginda tidak melazimi perbuatan tersebut. Berdasarkan hadis, baginda pernah kencing berdiri kerana di situ adalah tempat pembuangan sampah dan tempat tinggi, baginda khuatir pakaian baginda kotor ketika duduk.
4) Istinja’ kemaluan terlebih dahulu sebelum memakai pakaian (termasuk pakaian dalam) – Lelaki dan wanita sila ambil perhatian
Wajib istinja’ untuk menyucikan kemaluan daripada najis. Jika masih ada najis kencing pada kemaluan, kemudian kita terus pakai pakaian kita, ada kemungkinan najis itu akan terkena pada pakaian tersebut, lalu menyebabkan solat tidak sah. Sebaik-baik istinja’ ialah dengan air. Masalah kini bagi lelaki yang kencing di mangkuk berdiri, lepas kencing terus zip seluar. Tidak basuh kemaluan. Ini antara penyebab kita mendapat azab kubur.
5) Sabar sekejap selepas kencing
Sebagaimana kata Imam Nawawi pada no 2 tadi. Perkara ini penting bagi wanita kerana jarang wanita mengidap penyakit kencing tidak lawas, namun ramai wanita tidak sabar menunggu sebentar biar semua titisan kencing habis keluar. Sikap seperti ini memungkinkan titisan yang keluar lambat itu akan kena pada pakaian dalam, walaupun setelah dibasuh.
6) Jangan kencing di dalam takungan air yang tenang (yang tidak mengalir)
Telah menceritakan kepada kami ‘Affan telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Dawud bin Abdullah Al Audi dari Humaid bin Abdurrahman Al Himyari dari Abu Hurairah ra dia berkata; Rasulullah saw bersabda; “Janganlah sekali-kali salah seorang dari kalian kencing di air yang tenang kemudian bersuci darinya (mandi junub atau berwudhu)”
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, kitab 6 (Sisa Musnad Sahabat yang Banyak Meriwayatkan Hadis), Musnad Abu Hurairah ra; juga diriwayatkan oleh an-Nasa’i, Ibnu Majah, Tirmidzi, Muslim dan Bukhari]
Ini harus dielakkan, bimbang kita terlupa kita pernah kencing di situ, lepas tu kita bersuci pula dari takungan air itu, akan jadi masalah pada status mandi/wudhu kita.
SOAL PERCIKAN KENCING YANG DIMAAFKAN
Percikan yang dimaksudkan di sini ialah lantunan titisan air kencing yang memancur pada tanah/mangkuk tandas/etc yang tersebar/melantun kepada benda lain seperti pakaian atau tubuh kita.
Menurut pendapat ulama Mazhab Syafie, tidak ada najis yang dimaafkan kecuali najis-najis berikut: “Najis yang tidak dapat dilihat oleh mata yang sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.” Tidak perlu diteliti sehingga ke tahap diperiksa dan dibelek-belek di kawasan yang disyaki ini. Ini akan lebih menyusahkan. Sedangkan syara’ tidak membebankan sehingga ke tangga tersebut.
[Rujuk Kitab Fiqhul Islami Wa Adillatuhu Al-Juz’ Al- Awwal (Fiqh Dan Perundangan Islam Jilid 1) susunan Dr Wahbah Zuhaili, Dalam Bab Kadar Najis Yang Dimaafkan: Mazhab Syafi’e]
Kaedah fiqh menyatakan “Keraguan tidak dapat dihilangkan/dihapuskan dengan syak”, maksudnya, selagi hati hanya berasa was-was adanya percikan kencing pada pakaian/tubuh kita yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, maka ia masih dikira ragu, dan tidak perlu berbuat apa-apa terhadap perkara was-was seperti ini dan dimaafkan untuk melakukan ibadah. Namun sunat keluar dari was-was tersebut dengan membasuh bahagian yang dirasakan terkena najis.
BAB KENCING BAYI
Ramai yang tidak tahu membezakan najis bayi yang mana dianggap ringan (mukhaffafah) dan mana yang pertengahan (mutawassitah). Jadi, ada yang tersilap faham atau ambil ringan bab najis bayi. Asalkan bayi, semua nak ambil mudah dan sambil lewa.
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abul Ahwash dari Simak bin Harb dari Qabus bin Abdul Mukhariq dari Lubabah binti Al Harits ia berkata; Hasan bin Ali kencing di pangkuan Rasulullah saw, maka aku berkata “Ya Rasulullah, berikan bajumu kepadaku, dan pakailah baju yang lainnya”. Maka baginda bersabda: “Kencing bayi lelaki cukup diperciki air dan kencing bayi perempuan hendaklah dicuci”
[Riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/123; riwayat yang sama dengan sanad berbeza di dalam Sunan Abu Daud, 1/136, riwayat yang sama dengan sanad berbeza di dalam Sunan Tirmidzi, 3/429]
Najis mukhaffafah ialah najis ringan iaitu kencing kanak-kanak LELAKI yang belum sampai usianya 2 tahun dan belum makan sesuatu selain dari susu ibu. Beza percik dan cuci di dalam hadis di atas ialah, percik ialah dengan melalukan renjisan air padanya, manakala cuci ialah melalukan air mengalir dengan membasuhnya sehingga hilang bau, warna, dan rasa (fizikalnya) daripada tempat terkena najis itu.
Rujuk lagi satu hadis:
Dari Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mihshan “Ummu Qais telah mengabarkan kepadaku bahawa dia pernah datang kepada Rasulullah saw dengan membawa bayi lelakinya yang belum makan makanan. Ummu Qais kemudian mengabarkan kepadaku bayinya kencing pada pangkuan Rasulullah saw lalu baginda meminta air seraya memercikkan air pada bajunya, dan beliau tidak mencucinya dengan sebenar-benarnya mencuci”
[Riwayat Bukhari di dalam kitab Sahihnya, bahagian kitab Thaharah, bab 202]
Imam an-Nawawi rahimahullahu taala berkata dalam kitab beliau, al-Majmu’ (2/589): Untuk menyucikan tempat yang terkena kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan (yakni kanak-kanak lelaki yang hanya minum susu ibu), memadailah dengan direnjiskan, iaitu dengan dibasahkan tempat tersebut dengan air sekalipun air tidak turun atau tidak mengalir daripada tempat najis itu. Manakala untuk menyucikan tempat yang terkena air kencing kanak-kanak perempuan pula, tidaklah memadai melainkan dengan membasuhnya.
NAJIS AIR WADI
Air wadi adalah air berwarna putih kental atau pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan, kebiasaannya keluar setelah habisnya kencing. Antara dalil berkaitan air wadi ialah dari Saidatina Aisyah berkata:
“Wadi keluar setelah berkencing. Oleh kerananya, hendaklah seseorang itu mencuci kemaluannya, lalu berwuduk (untuk bersolat) dan tidak perlu mandi.”
[Riwayat Ibnu Munzir]
Masalah kini, ramai orang tak perasan apabila air wadi ni keluar, kerana kadangkala ia keluar sejurus lepas kencing, maka anda selamatlah sikit. Tapi kadangkala ia keluar beberapa minit selepas kencing, kita pula tak perasan, dan sebelum beribadah, tidak pula check pakaian dalam kita samada ada kesan air wadi atau tidak. Ini mendatangkan masalah yang sangat besar.
KESIMPULAN
SENTIASA lah berhati-hati, ambil cakna, ambil berat, dan memerhati apa yang berlaku pada kemaluan kita, kerana dari kerana kemaluan kitalah wujudnya banyak azab kubur. Sama-sama kita baiki diri untuk mengelak azab kubur ini, sekaligus mengubah perangai dan sikap diri setiap kali kita melaksanakan "hajat". InsyaAllah.

Wednesday, October 21, 2015

AL-QURAN & HADITH


APA ITU AL-QURAN DAN HADITH

Mari kita kongsi ilmu mengenai islam dari dua sumber asas, Al-Quran dan Hadith. “Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Hadis riwayat al- Hakim) 


APA ITU AL-QURAN NI?
Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Jibril AS., ditulis dalam mashaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan membacanya. Susunan Al-Quran terdiri daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan Al-Quran mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6,236 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib.

APA KELEBIHANNYA?
Antara kelebihan Al-Quran ialah:-
1. Mukjizat teragung
2. Mukjizat Nabi yang kekal hingga hari Kiamat
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:- "Dan kelebihan kalamullah ke atas seluruh kalam (perkataan) seperti kelebihan Allah ke atas sekalian kejadian-Nya."

MACAM MANA AL-QURAN BOLEH SAMPAI PADA KITA?
Al-Quran diturunkan melalui beberapa peringkat iaitu:-
1. Al-Quran diturunkan ke Luh Mahfuz, Cara turun dan wujudnya Al-Quran di Luh Mahfuz pada waktu yang tidak diketahui kecuali Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud:- "Bahkan ialah Al-Quran yang mulia. Diturunkan ke Luh Mahfuz."
2. Al-Quran diturunkan ke Baitul Izzah di Langit Dunia pada Lailat al-Qadr dalam satu jumlah (sekali gus).
3. Al-Quran diturunkan dengan perantaraan Jibril AS. kepada Nabi Muhammad SAW. secara beransur-ansur.
MACAM MANA PULAK CARA PENURUNAN WAHYU?
1. Melalui mimpi seperti mimpi Nabi Ibrahim AS. menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.
2. Melalui suara seperti Allah SWT berbicara dengan Nabi Musa AS.
3. Wahyu turun seperti bunyi loceng
4. Melalui Jibril AS. kepada Nabi Muhammad SAW. dalam bentuk manusia

APA LAGI NAMA-NAMA KITAB SUCI DAN JUMLAHNYA?
Oleh sebab ramai Rasul utusan Allah, banyak catatan dan pesanan yang disampaikan. Ada yang disebut sebagai lembaran-lembaran (suhuf) dan ada pula dalam bentuk buku (kitab). Suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim AS. dan Nabi Musa AS.. Manakala kitab pula diturunkan kepada Nabi-Nabi berikut:-
1. Kitab Al-Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS.
2. kitab Al-Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS.
3. Kitab Al-Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS.
4. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

KENAPA DINAMAKAN KITAB SUCI?
1. Bebas daripada campur tangan manusia
2. Kandungan sesuai dengan fitrah manusia
3. Kandungannya tidak bercanggah di antara satu sama lain

APA KEISTIMEWAAN AL-QURAN?
Perbezaan lebih khusus antara Al-Quran dengan ucapan yang lain (hadis Qudsi dan hadis Nabawi) ialah Al-Quran merupakan firman Allah SWT, di turunkan dengan lafaz dan makna yang jelas dengan perantaraan Malaikat Jibril AS, kemudian tersebar dalam bentuk-bentuk tetap dan tidak dapat ditiru dan mendapat jaminan Allah SWT. Ini berdasarkan firman-Nya yang bermaksud:- "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."
APA FADHILAT MEMBACA AL-QURAN?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:- "Daripada Ibnu Mas'ud RA. katanya Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan diganda sepuluh. Aku tidak bermaksud (Alif Lam Mim) itu satu huruf akan tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf." (Riwayat al-Tirmizi)

APA PULAK FADHILAT MENGAJAR AL-QURAN?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:- "Sesiapa yang mengajar Al-Quran kepada anaknya secara melihat mushaf, Allah akan mengampunkan dosanya yang lalu dan yang terkemudian dan sesiapa yang mengajar secara menghafaz, Allah akan membangkitkannya di hari akhirat seperti bulan purnama dan dikatakan kepada anaknya, bacalah! Tiap-tiap kali dia membaca satu ayat daripadanya Allah mengangkat darjat bapanya hinggalah sampai akhir ayat yang dihafaznya

APA ITU HADITH?
Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith mengatakan bahawa hadith Qudsi itu: ialah perkataan Nabi SAW yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah , disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya. Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi SAW di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi SAW menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadith-hadith yang lain tidak demikian itu. Hadith Qudsi itu dinamakan juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani. Dan pernah pula dibezakan Hadith Qudsi dengan yang lainnya; iaitu segala hadith yang bersangkut dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan sifat-sifat kebesaran dan kemuliaanNya. [Kitab al-Dar al-Nadid min Majmu'ah al-Hafid]
Contoh Hadith Qudsi itu, Rasulullah SAW bersabda: "Firman Allah SWT: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim) Rasulullah SAW bersabda: "Firman Allah SWT: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Hadith ini penting sebagai sumber ilmu agama. Hukum wajib, harus, halal, haram, sunat etc boleh datang dari hadith (selain dari Al-Quran). Hadith boleh ditolak jika ianya hadith palsu. Contoh hadith palsu paling popular ialah hadith berkenaan kelebihan berpuasa selama 30 hari. Yang selalu dok siar kat TV dan radio kita. Rasanya kebelakangan ini pun telah tak diwar-warkan lagi sekarang ini sebab makin ramai orang sudah ambil tahu berkenaan dengan hadith.

Ada beberapa kategori hadith:
1. Sahih (authentic)
2. Hasan (good)
3. da'if (weak)
4. maudu' (palsu)

Yang dua pertama tu selalu diguna untuk buat hukum dalam agama (wajib, haram, halal etc) sedangkan yang dua kemudian tak boleh. Hadis da'if hanya untuk memberi semangat (fadilat). Hadith maudu' atau palsu, tertolak terus, tak boleh pakai. Selalu juga ajaran sesat menggunakan hadith palsu untuk mengelirukan pengikutnya.

Kitab hadith yang paling muktabar ada enam juga dikenali sebagai Sunan Sittah. Ianya:
1.      Sahih Bukhari
2.      Sahih Muslim
3.      Sunan Abi Da'ud
4.      Sunan al-Tirmidhi
5.      Sunan al-Sughra (al-Nasa'i)
6.      Sunan Ibn Majah

Yang paling autentik mengikut ulama ialah Sahih Bukhari dan Muslim.
Hadith ada berapa banyak? Memang banyak. Imam Ahmad bin Hambal, imam kepada mazhab Hambali sendiri menghafal hadith sebanyak 300,000. Itu baru seorang Imam besar, tak ambil kira yang lain-lain lagi. Dengan lain kata, hadith ni memang banyak. Tapi nanti kena tapis yang mana sahih, da'if dan maudu'. Itu bukan kerja kita. Kita rujuk dari ulama-ulama hadith.

Kedudukan Hadis di dalam Islam
Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah SAW yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah seperti;
·         Maksudnya; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl: ayat 1)
·         Maksudnya; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb: ayat 36)
·         Maksudnya; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7)

Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran. Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama – dalam sesetengah buku cuma disebut 4 – iaitu;
·         Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
·         Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.
·         Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
·         Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.
·         Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.

Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatîr dan Masyhûr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu. Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.
Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.



Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadith bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah – sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi. Tambahan pula, hadith juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah SAW itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.

PUASA BULAN MUHARRAM

PUASA SUNAT HARI ASYURA DAN TASU’A MUHARRAM

   












بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
 .
Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa danBANI Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 .
Nabi SAW bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.”(Musnad Baqi ibn Makhlad)
 .
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.
.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Riwayat Imam Muslim)
.
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”  – Riwayat Al Baihaqi.
 .
Rasulullah SAW bersabda:  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.”  (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.”   (Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).
.
.

 Niat Puasa

.
a.  Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)  ialah:
 .
.
b.  Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) niat puasanya ialah:
.
.
.

Fadhilat Puasa Muharram

Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
 .
1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahunmelakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun.Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagisetahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
 .
4.  Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’(10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
5.  Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)
.
.

Zakat Puasa

.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:” لكل شيء زكاة ، وزكاة الجسد الصوم “…رواه ابن ماجه

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri, dan zakat badan kita ini adalah PUASA. ”  (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah )
.

وقال صلى الله عليه وسلم: صوموا تصحوا

Dan Rasulullah SAW pernah bersabda: “Berpuasalah kamu sekalian, nescaya kamu akan beroleh kesihatan.”
.
Maka marilah kita sama-sama berpuasa kerana ia adalah sunat muakkad (sangat dituntut), juga sebagai zakat badan dan menambahkan kesihatan tubuh.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Monday, October 19, 2015

RASUL ULUL AZMI


RASUL ALLAH YANG DI BERI GELARAN ULUL AZMI...



ULUL AZMI
  • "Ulu al-Azmi" (Arab أولوالعذم) adalah gelar yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/ istimewa karena ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama.
  • Hanya LIMA RASUL yang mendapatkan julukan ini, dari beberapa rasul yang telah diutus oleh Allah.
  • Gelar ini adalah gelar tertinggi/istimewa ditingkat para nabi dan rasul.
Tentang gelar ini telah dijelaskan pada Al-Qur'an Surah Al-Ahqaf [46]:35; dan Surah Asy-Syura [42]:13;

(QS Al-Ahqaf [46]:35)
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُوْلُوا الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِّن نَّهَارٍ بَلَاغٌ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ
  • "Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka. Pada hari mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka (merasa) seolah-olah tidak tinggal (di dunia) melainkan sesaat pada siang hari. (Inilah) suatu pelajaran yang cukup, maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik".
(QS Asy-Syuura [42]:13) 
شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ
  • "Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu "Tegakkanlah agama^1341 dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. 
  • Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. 
  • Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).  
[NOTE: ^1341: Yang dimaksud : "agama" di sini ialah ~ meng-Esakan Allah SWT., beriman kepada-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhirat serta menta'ati segala perintah dan larangan-Nya].

RASUL ULUL AZMI
  • Para Rasul yang memiliki julukan Ulul Azmi adalah:
  1. NUH
  2. IBRAHIM
  3. MUSA
  4. ISA
  5. MUHAMMAD

KRITERIA ULU AL AZMI

Ada beberapa kriteria yang menjadi acuan untuk mendapatkan gelar ini, di antara lain adalah:
  • Memiliki kesabaran yang tinggi ketika berdakwah
  • Senantiasa memohon kepada Allah agar tidak menurunkan azab kepada kaumnya
  • Senantiasa berdoa agar Allah memberi hidayah kepada kaum mereka

KISAH ULU AL AZMI

NUH
  • Kualifikasi Nuh sebagai ulul azmi di antaranya karena kesabarannya dalam berdakwah dan mendapat hinaan dari kaumnya.
  • Nuh tanpa menyerah terus menerus mendakwahi keluarga, kerabat dan masyarakat umum, untuk kembali kejalan yang lurus.
  • Hampir 1000 tahun usianya jumlah umat yang mengikutinya tidak lebih dari 200 orang.
  • Bahkan istri dan anaknya yang bernama Kan’an termasuk penentangnya.
  • Atas kehendak Allah umat Nuh yang membangkang ditenggelamkan dengan gelombang air bah dan semuanya hancur, kecuali Nuh dan pengikutnya yang beriman.
(Kisah Nabi Nuh bisa dibaca di sini:  http://ekarosanti.wordpress.com/2010/04/07/)


IBRAHIM
  • Sejak masih bayi Ibrahim harus diasingkan ke dalam gua, yang disebabkan oleh perintah Raja Namrudz untuk membunuh setiap bayi laki-laki yang baru lahir.
  • Setelah dewasa, ia harus berhadapan dengan raja dan masyarakat penyembah berhala termasuk kedua orang tuanya yang pembuat berhala.
  • Bahkan ia harus menerima siksaan yang pedih, yaitu dibakar hidup-hidup dan diusir dari kampung halamannya.
  • Sudah hampir seratus tahun usia dan pernikahannya dengan Sarah, ia belum dikaruniai anak hingga istrinya meminta ia menikahi seorang budak / hamba sahaya bernama Siti Hajar (Hagar) untuk dijadikan istri.
  • Akhirnya Hajar dapat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ismail.
  • Allah memerintahkan Ibrahim untuk “mengasingkan” istri dan anak yang baru lahir dan sangat dicintainya itu ke tanah gersang di Makkah. Karena kesabaran dan kepatuhannya, perintah itu dilaksanakan.
  • Namun, perintah lebih berat diterima Ibrahim, yaitu harus mengorbankan Ismail  yang baru beranjak remaja. Hal ini pun ia laksanakan, meskipun akhirnya yang disembelih adalah seekor domba. (peristiwa ini ada diterangkan dalam surah ash-shaffat ayat 101 hingga 111)
  • Selain itu ujian Ibrahim yang lain adalah membangun Ka'bah, membersihkan ka'bah dari kemusyrikan, menghadapi Raja Namrudz yang zalim.

MUSA
Musa termasuk orang sabar dalam menghadapi dan mendakwahi Firaun, selain itu, dia juga mampu untuk bersabar dalam memimpin kaumnya yang sangat pembangkang.
  • Ketika Musa akan menerima wahyu di Bukit Sinai, pengikutnya yang dipimpin Samiri menyeleweng dengan menyembah berhala Anak lembu emas.
  • Harun yang ditugasi mengganti peran Musa, tidak sanggup untuk menghalangi niat mereka, bahkan ia diancam hendak dibunuh.
  • Tetapi, Musa pernah tidak dapat bersabar ketika berguru kepada Khidir.

ISA ALMASIH
  • Banyak hal yang menunjukkan bahwa Isa memiliki kesabaran dan keteguhan dalam menyampaikan ajaran Allah. Terutama, ketika Isa sabar menerima cobaan sebagai seorang yang miskin, pengkhianatan seorang muridnya, Yudas Iskariot, menghadapi fitnah, penolakan, hendak diusir dan dibunuh oleh kaum Bani Israil.
  • Kehidupan Isa menggambarkan kezuhudan dan ketaatan dalam beribadah.
“Isa menemui kaumnya dengan memakai pakaian dari wol. Ia keluar dalam keadaan tidak beralas kaki sambil menangis serta wajahnya tampak pucat karena kelaparan dan bibirnya tampak kering karena kehausan.
  • Isa berkata, “Salam kepada kalian wahai Bani Israil. Aku adalah seseorang yang meletakkan dunia di tempatnya sesuai dengan izin Allah, tanpa bermaksud membanggakan diri. Apakah kalian mengetahui di mana rumahku?”
  • Mereka menjawab: "Di mana rumahmu wahai Ruhullah?"
  • Isa menjawab:
  • “Rumahku adalah tempat ibadah, wewangianku adalah air, makananku adalah rasa lapar, pelitaku adalah bulan di waktu malam dan salat ku di waktu musim dingin di saat matahari terletak di Timur, bungaku adalah tanaman-tanaman bumi, pakaianku terbuat dari wol, syiarku adalah takut kepada Tuhan Yang Maha Mulia, teman-temanku adalah orang-orang yang fakir, orang-orang yang sakit, dan orang-orang yang miskin. Aku memasuki waktu pagi dan aku tidak mendapati sesuatu pun di rumahku begitu juga aku memasuki waktu sore dan aku tidak menemukan sesuatu pun di rumahku. Aku adalah seseorang yang jiwanya bersih dan tidak tercemar. Maka siapakah yang lebih kaya daripada aku?” [1]

MUHAMMAD SAW
  • Sejak kecil sampai dewasa, Muhammad selalu mengalami masa-masa sulit. 
  • Pada usia 6 tahun dia sudah menjadi yatim piatu. 
  • Setelah dewasa ia harus membantu meringankan beban paman Abu Thalib yang merawatnya sejak kecil.
  • Tantangan terberat yang dihadapi adalah setelah diangkatnya menjadi seorang rasul.
  • Penentangan bukan saja dari orang lain, tetapi juga dari Abu Lahab, pamannya sendiri.
  • Muhammad juga harus ikut menderita tatkala Bani Hasyim diboikot (diasingkan) di sebuah lembah dikarenakan dakwahnya.
  • Tokoh-tokoh Quraisy mempelopori pemboikotan tersebut yang isinya antara lain melarang berhubungan jual beli, pernikahan, dan hubungan sosial lainya kepada Bani Hasyim.
  • Pemboikotan yang berjalan sekitar 3 tahun itu dan telah menghabiskan hartanya dan istrinya, Siti Khadijah.